Wednesday, January 1, 2014

bukan penonton tegar... tapi....

hi... assalamualaikum...

aku ni bukanlah jenis yang suka sangat tengok tv.. kadang2 pegi keje.. time balik tu, mesti ada kawan2 yang cakap.. nak balik nak tengok cerita tu cerita ni kat chanel tu kat chanel ni...
pastu esoknya.. pegi sekolah tukar2 cerita, kongsi2 pendapat buat review sikit...
hehe.. tu la situasinya sambil2 buat keja.. sambil2 bersosial...
tapi, disebabkan aku bukan jenis yang ikut sangat cerita kat tv petang2, kecuali sangat best cerita tu, maka tak banyak la yang aku boleh share dengan diorang. setakat jadi pendengar saja... balik rumah pun kadang dah letih... kecuali hujung minggu je, tu pun kadang2, ikut mood. aku lebih suka keluar berjalan kalau ada masa lapang... boleh jugak ambik2 angin kat luar...

tapi hari tu anak buahku balik ramai2... sambil melayan diorang main, aku turut sama layan diorang tengok tv... tapi bukan kartun yer... anak buahku ni dah darjah 2.. dan dia layan cerita korea... korea wehhh!!!! haha... kalah makcik dia... dia siap boleh hafal lagi, jadual kat chanel tv korea tu.. 393... lepas ni ada running man, lepas tu your lady, lepas tu the inheritors lagi.. dah aku xingat dah..
xbaca buku ke abang ni?! asyik tengok korea je... haha siap boleh hafal lagi bila siaran ulangannya... haishhh...

so.. bila dah aku dok layan diorang tengok tv tu, aku pun tengok skali la... sebelum ni aku selalu tengok kawan2 dok kecoh2 kat fb, bagitau diorang tengok the inheritors or dalam internet dikenali dengan tajuk the heirs... tapi time tu xda la pulak aku tergerak hati nak tengok...
dan sekarang ni disebabkan anak buah aku, aku dah terpengaruh.. dan lebih best lagi aku dah sampai tahap addicted dekat cerita the inheritors ni... haha.. disebabkan tak sabar, maka aku search dekat internet.. cepat sikit.. kat tv lambat.. kena tunggu rabu dan khamis baru boleh tengok... haha

so, keja aku skang setiap hari sementara cuti ni ialah tengok cerita the inheritors kat internet... korang search gooddrama.... nanti akan keluar tajuk the heirs... sanggup setiap hari luangkan masa tunggu benda tu dok loading, punyalah slow.. tapi aku ni kan penyabar,.. sanggup tunggu.. gitew... kadang2 stuck aku refresh balik... play semula dari awal... haih... tabahnya lah hati ini... demi lee min ho... ahak ahak...

;) oke la.. nak sambung tgk the heirs.. jom tengok sama2...

assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment