Monday, December 30, 2013

jerawat - doxycycline

Assalamualaikum...

Hai.. Terasa nak menulis lagi...

Jerawat dan aku macam dah xdapat dipisahkan lagi... dah macam irama dan lagu dah.. sakit ngat hati Ni... dulu xda mcm Ni pun... dulu pakai la apa pun.. kurang2 pun naik ruam kecik2 je.. sekarang ni pakai la apa pun... jerawat xpenah nak hilang2... hurm... sedih..

semua ni bermula lebih kurang 3 thn lepas... ada jerawat yg mild je kat muka ni... tapi gatal... then pegi jumpa doctor... doctor bagi ubat doxycycline, ubat jerawat sapu and sabun pencuci.. jf sulphur soap...
aku pun gigih pakai kat muka... after about a month, kulit jadi elok... licin, tp gatal2 still ada cuma jerawat dah xda... bila balik kampung aku pegi satu tempat yg ala2 spa ni... buat treatment resdung yang asap2 tu... start time ni la... naik banyak giler jerawat2 kecik kat muka... aku jadi sedih.... baru je kulit nak oke...
bila balik semula ke kl, aku g jumpa semula doctor tu... dia dah geleng2 kepala.... then dia cakap... kulit awak ni xboleh panas.... so dari situ, aku tau dah... aku xboleh buat treatment yg ada effect panas kat kulit muka aku... then doctor suruh aku start semula guna doxycycline...

oke, dipendekkan cerita... jerawat aku memang makin teruk, sampai aku kena refer doctor pakar dermathologist.. bila jumpa doctor pakar dia bagi ubat yang lebih kurang sama... nama tetracycline.... oke.. so aku nak cerita pengalaman aku makan ubat2 ni... ubat2 ni memang bagus untuk nak hilangkan jerawat.. tapi ambil masa lebih kurang 1 - 6 bulan untuk betul2 clearkan skin korang.. cuma ada certain2 keadaan korang kena tahan... macam aku makan doxycycline n tetracycline tu.. aku macam rasa sesak kat hidung, rasa macam penuh debu dalam hidung aku. kalau tak silap aku istilahnya nausea.. bila makan ubat ni korang kena elakkan susu dan air limau.. atau apa2 yang ada limau... dia akan buatkan hidung2 korang tiba2 rasa macam penuh debu.. korang terpaksa bernafas ikut mulut.... kalau ikut pembacaan aku pasal doxycycline, benda ni jadi sebab korang alergi dengan ubat ni..

entahlah. tapi yang pasti bila kali ke-3 aku pegi jumpa doctor kulit yang lain, dan dokor tu juga suggest aku ambil doxycycline, aku berenti selepas seminggu aku makan ubat ni. aku xtahan dah bila tiba2 aku rasa macam sesak nafas dan terpaksa bernafas ikut mulut. risau  jugak kan..

doxycycline ni sejenis antibiotic dan peranan dia adalah untuk bunuh bakteria2 dalam badan korang... cuma yang tak bagusnya, ia bunuh semua bakteria tak kira bakteria baik mahupun jahat... dan kalau korang start makan ni korang kenalah habiskan.. sama macam makan antibiotic yang lain juga... kena habiskan.. kalau tak bakteria tu akan jadi lebih kuat daripada sebelumnya.... aku pun tak tahu dah nak guna ubat apa lagi....
 oke.. lepas ni kita cerita pasal ubat jerawat jenis sapu pulak....
boleh tahan jugak pengetahuan aku bab2 jerawat ni... oke.. sambung nanti...

assalamualaikum...

1 comment:

  1. baru semalam saya pergi klinik sebab masalah jerawat.. saya pernah makan tetracycline@beatacycline.. so semalam saya pergi klinik saya mintak lagi antibiotik sbb dua bulan lagi nak kawin, doc bagi saya dycin so nak tanya boleh ke saya makan kedua2nya sekali? ada kesan tak?

    ReplyDelete