Thursday, November 21, 2013

hidup bermakna...

dua tiga hari ni, aku asyik terpikir pasal kehidupan ku.

selama aku hidup ni, apa sumbangan dan kebaikan yang aku dah buat.?
kebanyakan perkara yang aku buat semua ikut hsti n jiwa muda aku. semua ni kesan selepas aku mula tahu mengenai kisah hidup Allahyarham ahmad ammar ahmad azam..
peliknya sebuah kehidupan.. sewaktu hidupnya dia tak dikenali, tapi diam-diamnya berisi..

selama 20 tahun kehidupannya, penuh dgn berbakti ke jalan Islam.
betapa beruntungnya dia.
di saat anak muda seusianya sibuk mengejar kehidupan duniawi,
dia pulak berbakti, seimbang ukhrawi dan duniawi.
setiap amalannya ikhlas dengan niat untuk memperjuangkan Islam.
agaknya atas alasan itulah Allah memuliakannya. dikebumikan di perkuburan Eyub, bersama sahabat Rasulullah.
Ya Allah, betapa Allah nak menunjukkan kemuliaanmu wahai Ahmad Ammar.
Sayu rasa hati, cemburu pun ada. 20 tahun kehidupanmu yang sangat bermakna. diberkati Allah.
 lihat saja, siapa yang bercerita mengenaimu pasti bercerita mengenai kebaikanmu....
terasa rugi dengan masaku yang selama ini seperti disia-siakan...
sejak saat aku mengetahui mengenaimu, fikiran ini tidak berhenti berfikir, bagaimana aku boleh menjadi sepertimu, berbakti pada jalan Allah...
semoga dipermudahkan... sungguh aku ingin menjadi sepertimu.... di dunia lagi Allah telah mengangkat darjatmu....
syurgalah tempatmu wahai Ahmad Ammar...
semoga kisahmu menjadi sumber inspirasi pada muda mudi dan juga kpd ibu bapa untuk melahirkan lebih ramai Ammar di dunia ini, yang memperjuangkan setiap detik kehidupannya ke arah Islam....


luv Islam so much.. Allahuakbar....

No comments:

Post a Comment