Saturday, May 5, 2018

i'm back to cetaphil.. 
hari tu lepas pakai avene, aku tukar ke produk klinik, sbb jerawat mcm on off je.. tersilap moisturizer je, mesti jerawat naik, lepas tu susah nk surut n hilang... so aku pegi satu klinik ni lepas abang ku suggest, klinik kat sungai petani, femes jugakla.. ramai yang ambik set skincare kat situ. orang ramaiii sangat, kalau korang pegi ambik nombor pukul 11.00 pg, silap2 pukul 6.00 ptg baru boleh jumpa doktor... tapi berbaloi la menunggu.. doktor bagi pencuci, krim malam n krim siang.. dan ubat doktor ni sesuai denganku, pelan-pelan jerawat hilang n jarang-jarang naik macam dulu...

2 tahun jugakla aku pakai ubat doktor ni.. then aku malas nak p ambik.. sebab mcm jauh kan. aku nak cari yang senang n ada di kedai kat mana2.. so aku tukar balik ke cetaphil.. so oke la lepas dah pakai balik cetaphil ni... dan semakin baik dari first time aku pakai dulu... mungkin cara tu berbeza sikit kot.. dulu bila aku pump gel pencuci cetaphil tu, aku curah pulak air, then gosok kat tapak tangan baru ke muka.. tapi sekarang aku basahkan tangan dgn air dulu, pump cetaphil, gosok sikit kat tangan then terus ke muka.. maksudnya gel cetaphil tu tak bercampur banyak sangat dengan air... buat camni lebih berkesan.

malas pulak nk type panjang-panjang... 

oke.. bye..


Friday, July 8, 2016

belajar dari orkid

assalamualaikum...

sebenarnya kita boleh belajar sesuatu dari alam sekeliling kita....

hari ni aku keluar rumah.. tengok bunga orkid yang dah nak berbunga... excitednya Allah sahaja yang tahu... sebelum-sebelum ni selalu rasa xnak tanam orkid.. sebab xpernah nak berbunga...
selalu kalau beli.. beli yang dah ada bunga... balik tanam.. kemudian bunga layu.. terus xnampak dah bunga dia...

awal puasa hari tu.. kawanku bagi pokok orkid... dia suruh balik tanam... dia kata yang ni rajin berbunga... bunga pun cantik... ada tiga fasa warna dia... ku pun amik... xdak expectation pape pun.. ambik then balik tanam.... biar je situ.. dah xpernah tengok dah lepas tu... kemudian dalam 3 minggu lepas tu... tengok mak ada kat luar tengah sapu laman... aku pulak baru balik kerja... keluar kereta pegi kat laman.. lepak sembang dengan mak... duduk atas kerusi batu tu... 

pokok orkid yang kutanam dulu ku letak je atas meja tu... pastu xpenah siram n jenguk dah.. tetiba ku terpandang pokok orkid tu.. dah ada 4 kudup bunga... belum kembang lagi.. what??? excitednya.. terus amik gambar hantar kat kawan... kemudian tunggu lagi seminggu lebih.. belum kembang lg.... semalam tgk dah kembang.. yeay... excited sgt.. ada lagi dua belum kembang...

pastu tetiba rasa macam belajar sesuatu...

"bila kita tertunggu-tunggu satu2 benda tu... mesti kita rasa macam sengsaranya lah... tapi kalau kita buat xtahu je... tengok dapat..."

in shaa Allah.. kalau kita tawakal.. dan ada niat yang baik untuk setiap satu benda  yang kita buat tu... pasti kita dapat... Allah xpernah kecewakan hamba-Nya... kan.... :)

love--love---




Thursday, May 19, 2016

Dua kali pintu hatiku 'diketuk'

Hari ini,
Lagi, dua kali aku rasa aku 'diketuk'

Hari ni exam lagi,
Aku jaga exam lagi,
Tiba2 aku dgr bunyi mcm 'mumbling'
Mcm bunyi lalat berdengung, tapi suara org la... 

Aku rasa ada budak baca soalan kuat ni,
Mesti ganggu kawan dia yg lain nk jawab exam..

Aku bangun, nak cari sumber dari mana bunyi tu datang,
First, dua barisan depan aku,
Kiri kanan aku belek,
Xda.. Semua diam tunduk dgn khusyuknya,
Xda nampak pun macam tengah membaca...
Oke.. Aku gerak ke barisan yang lain..
Barisan hujung dari belakang,
Semakin lama dengar semakin jelas,
Pegi dekat,
Nampak sorang pelajar, memang tengah membaca,
Dia baca quran,
Sebab tu bunyi macam mumbling tadi tu..

Aku?
Aku tak jadi tegur,
Aku rasa pelajar lain boleh tahan lagi bunyi tu, tak mengganggu sangat kot,
We can bear the sound.. For good sake.. Nanti sama-sama dapat barakah.

In shaa Allah... 
Insaf..
Dua kali.... Dua kali...

Kena muhasabah diri nampak gayanya..

Kita? Masa free kita buat apa kawan-kawan? 
😰😰

-teeati-
Semalam,
Jaga exam,
Mula-mula tunduk buat kerja,
Kemudian angkat kepala,
Nampak,
Dua orang pelajar,
Tengah bersembang,
Dari belakang.
Aku tenung,
Tiba-tiba sorang pelajar tu pusing belakang tengok aku,
Dia terkejut,
Tengok aku tenung dia,
Dia bangun,
Datang ke meja,
Dia cakap,
Cikgu,
Kat kerusi saya,
Ada lebah,
Besar,
Aku terkejut,
Dalam hati,
Patut la dia gelabah,
Aku bangun,
Pergi tengok,
Nampak lebah,
Besar,
Budak yang bersembang dengan dia tadi,
Tengah pegang n baca tafsir quran..
Haih,
Aku dah buruk sangka, 
Ingat diorang sembang suka-suka,
Hmm...
Rasa bersalah

Bye

Saturday, May 24, 2014

CLEANSER....


hi.. assalamualaikum..

ada orang pakai je apa pun kat muka... oke je...
ada orang pakai je apa pun kat muka... tetap tak oke...

aku? aku yang kedua tu..
susahnya nak cari pencuci muka yang sesuai... kadang-kadang rasa berminyak.. kadang-kadang rasa pedih-pedih... kadang-kadang naik jerawat kecik-kecik..

pernah dulu aku tanya dengan doktor... bila dia nak stopkan ubat pencuci klinik.. "boleh doktor suggest, saya nak cari pencuci yang macam mana?"
doktor tu cakap..."cari yang tulis non-comedogenic"
sejak hari tu, aku rajin dok survey pencuci dan produk penjagaan kulit yang tulis non-comedogenic..

pencuci pertama yang aku yakin untuk guna ialah
cetaphil...
selepas buat homework, dan cari testimoni... aku tengok banyak yang cakap.. cetaphil ni oke... even page acne.org yang famous tu pun suggest guna ni.

so inilah dia rupa cetaphil... cari yang tulis gentle skin cleanser.... for all skin types..


pernah jugak aku try nak tukar, ambil yang for acne... bila aku pakai rasa pedih..
so, aku tukar pakai yang ni semula.
bila dah lama-lama pakai yang ni aku bosan plus rasa macam agak dia tak mengurangkan minyak kat muka..
so aku try survey2 lagi...
masa mula2 survey cetaphil ni aku pernah survey jugak pasal satu produk ni.... nama Avene...
so lepas dah survey2 dengan hebatnya, maka aku buat keputusan nak try...
dulu aku xbeli avene sebab harga dia agak mahal drpd cetaphil...
xpe.. kali ni aku nak cuba
aku beli trial set..
dalam trial set tu, ada cleanser, milk moisturizer dan thermal water..
n aku rasa ni la produk yang setakat ni paling best untuk kulit muka aku...
xrasa berminyak sangat macam dulu, plus moisturizer dia boleh cope dengan kulit muka aku...
dan yang paling best ialah thermal water spring dia.. sejuk sangat dan meredakan kerengsaan di muka.. agak2 panas skit, aku spray je benda ni kat muka...
http://www.beautyheaven.com.au/product_images/40241/skin.jpg
cleanser, thermal water spring, cleanance k
http://sg.ozcosmetics.com/syimages/201209/143566.jpg
milk moisturizer








best.. n sampai hari ni aku masih kekal guna produk ni...
selamat mencuba

Tuesday, May 13, 2014

sakit kaki...

hai.. assalamualaikum

tengok tajuk entri.. direct to the point terus... hehe

baru-baru ni ku sakit kaki.. pijak je terasa macam pijak duri... menyucuk2 kat tapak kaki tu..
pelik jugak.. sebelum ni kalau sakit pun.. setakat lenguh-lenguh je...
ini bukan sakit kaki yang gurau-gurau nih... ini seriussss...
kaki sebelah kiri oke je.. kaki sebelah kanan ni ha.. xtau la apa jadi... rasa mcm benda menyucuk2 tu ada kat hujung-hujung tapak kaki tu... cuma xboleh keluar je...
tiap-tiap malam sebelum tidur sapu minyak... tapi rasa macam xberkesan je cara tu..
rasa macam nak sedut keluar je semua benda kat hujung kaki yang menyucuk2 tu...

hurm.. sedut keluar?
terus aku terpikir nak pegi beli kinohimitsu kat kedai... yg foot detox tu.. pastu teringat jugak dulu dekat tempat kerja lama dulu... diorang ada jual foot detox patch ni.. satu seringgit..
tapi masa tu tak beli.. sebab rasa macam.. yer ker? boleh percaya ke?

tapi sebab dah sakit xtahan.. nak pijak lantai pun rasa payah.. jalan pun rasa macam terhencot-hencot.. so aku pun simpan dalam hati nak beli yang kinohimitsu tu..
belum sempat beli.. kebetulan terjumpa pulak kat rumah.. ada foot detox patch yang mak beli time dia pegi karnival... katanya org tu buat sale...


jenama hayat foot patch... xpenah dengar pun tapi pakai je la kan.. sementara nak beli kinohimitsu...
abang aku penah cakap.. benda2 ni semua tipu.. kalu ko lekat kat dinding pun.. esok buka hitam jugak jadinya...
macam mana nak buktikan yang ni xtipu.. japgi aku cerita...

oke..

dalam satu sachet ni ada dua foot patch... untuk kiri dan kanan... kebetulan masa aku koyak plastik yang pertama tu.. aku terkoyak sekali dgn foot patch tu.. habis  berterabur herbs dalam tu.. makanya aku pakai satu je.. untuk tapak kaki sebelah kanan je...

masa first pakai tu.. rasa macam ada benda tengah sedut2 tapak kaki tu... sakit... kat tempat yang sakit tu rasa bertambah sakit..
aku pakai tido..

bila bangun esok pagi.. rasa excited sangat nak buka... kaki pun dah xsakit.. macam magik.. alhamdulillah.. dengan izin Allah jugak kan...

korang jangan geli.. 
hari pertama penggunaan

hari kedua

hari kelima


ni la gambar foot patch yang aku dah pakai.... aku sendiri tengok pun macam terkejut.. apa benda yang banyak sangat tu... tapi kaki rasa ringan... maksudnya berkesan lah kan....

oke.. tadi ada satu foot patch yang rosak kan.. xboleh guna.. so aku buang dalam tong sampah... bila bangun esok paginye aku tgk foot patch tu masih sama keadaan macam aku buang semalam... dia x hitam dengan sendirinya... maksudnya foot patch yang ni, bukan yang tipu... aku x cakap yang lain tipu... cuma aku tekankan yang ini sebab aku try jenama ni...

selamat mencuba... tak salah kita berikhtiar cari ubat bila kita rasa sakit... mana tahu sesuai dengan kita... cuma kena teliti betul2.. terutama ubat yang jenis makan....

saya tak jual ye.. saya suka nak share...

:)










Wednesday, January 1, 2014

bukan penonton tegar... tapi....

hi... assalamualaikum...

aku ni bukanlah jenis yang suka sangat tengok tv.. kadang2 pegi keje.. time balik tu, mesti ada kawan2 yang cakap.. nak balik nak tengok cerita tu cerita ni kat chanel tu kat chanel ni...
pastu esoknya.. pegi sekolah tukar2 cerita, kongsi2 pendapat buat review sikit...
hehe.. tu la situasinya sambil2 buat keja.. sambil2 bersosial...
tapi, disebabkan aku bukan jenis yang ikut sangat cerita kat tv petang2, kecuali sangat best cerita tu, maka tak banyak la yang aku boleh share dengan diorang. setakat jadi pendengar saja... balik rumah pun kadang dah letih... kecuali hujung minggu je, tu pun kadang2, ikut mood. aku lebih suka keluar berjalan kalau ada masa lapang... boleh jugak ambik2 angin kat luar...

tapi hari tu anak buahku balik ramai2... sambil melayan diorang main, aku turut sama layan diorang tengok tv... tapi bukan kartun yer... anak buahku ni dah darjah 2.. dan dia layan cerita korea... korea wehhh!!!! haha... kalah makcik dia... dia siap boleh hafal lagi, jadual kat chanel tv korea tu.. 393... lepas ni ada running man, lepas tu your lady, lepas tu the inheritors lagi.. dah aku xingat dah..
xbaca buku ke abang ni?! asyik tengok korea je... haha siap boleh hafal lagi bila siaran ulangannya... haishhh...

so.. bila dah aku dok layan diorang tengok tv tu, aku pun tengok skali la... sebelum ni aku selalu tengok kawan2 dok kecoh2 kat fb, bagitau diorang tengok the inheritors or dalam internet dikenali dengan tajuk the heirs... tapi time tu xda la pulak aku tergerak hati nak tengok...
dan sekarang ni disebabkan anak buah aku, aku dah terpengaruh.. dan lebih best lagi aku dah sampai tahap addicted dekat cerita the inheritors ni... haha.. disebabkan tak sabar, maka aku search dekat internet.. cepat sikit.. kat tv lambat.. kena tunggu rabu dan khamis baru boleh tengok... haha

so, keja aku skang setiap hari sementara cuti ni ialah tengok cerita the inheritors kat internet... korang search gooddrama.... nanti akan keluar tajuk the heirs... sanggup setiap hari luangkan masa tunggu benda tu dok loading, punyalah slow.. tapi aku ni kan penyabar,.. sanggup tunggu.. gitew... kadang2 stuck aku refresh balik... play semula dari awal... haih... tabahnya lah hati ini... demi lee min ho... ahak ahak...

;) oke la.. nak sambung tgk the heirs.. jom tengok sama2...

assalamualaikum....